Cerita Sms... (pompuan suka laki)

Assalamualaikum n camat pagi
Erm tgh rehatkn dri tetiba cik teratai teringat lak gan msj kwn...hehehe. Ari tu masa cik teratai ngah baring2 nk tido la kn..tetiba ada msj msuk, kwn cik teratai msj ( kwn laki tu..hehehehe)..Dy tnya cik teratai dah tdo ke blom sbb dy nk tnya sesuatu..cik teratai ckp la tak lg nk sila lah bertanya.blogger-emoticon.blogspot.comhahaha..dy ckp yg dy ada suka kat sorg bdk pompuan ni n xtahu nk nk buat apa?..hehehe kes lelaki pemalu la ni..waakakakaka. Cik teratai pn ckp la suh dy trs trg je kat bdk pompuan tu abis cite.Pastu dy tnya g mcm mn klu bdk pompuan tu tak trima dy...klu xtrima tu redha je la cik teratai ckp..sian pula. Erm dy tnya lg...apa tnda2 pompuan tu suka kat laki???nk tergelak rsanya cik teratai bca msj dy tu.blogger-emoticon.blogspot.com(sbb cik teratai pn xtahu..huhuhu)...Jd Cik teratai pn ckp la xtahu..pastu dy balas msj cik teratai ucp tima ksh n camat mlm.... Kepada kwn cik teratai tu kat cni cik teratai ada brp2 tips tuk mengenali mcm mn pompuan suka kat lelaki ( cik teratai dpt dr pembacaan tau)..jgn lupa tgk..huhuhu
  • Sentiasa berada dekat dengan anda - Kalau seseorang gadis menyukai seseorang jejaka, dia akan sentiasa ‘muncul’ di dalam kehidupan kamu. Setiap kali berjumpa anda dia akan sentiasa cuba untuk menegur anda Dia sedang memasang jerat untuk memilikimu! Janganlah bangga diri pula tetapi apabila seorang wanita suka kepada lelaki, secara automatik dia akan memastikan dirinya akan berada dekat supaya boleh dihubungi oleh si lelaki. Ada masa dia akan melirik kepada anda dengan harapan anda perasan tentang perasaan suka yang dia ada. Kalau berminat terhadap gadis ini, tunggu apa lagi? Ajaklah dia keluar makan atau mulakan komunikasi dengan dia.
  • Gerak badan - Tutur bicara boleh menipu, gerak badan sentiasa jujur terhadapmu. Seorang gadis yang sukakan anda akan memberi pelbagai signal gerak badan yang begitu jelas untuk anda tafsirkan. Antara gerak badan yang sering diguna wanita untuk memberitahu dia berminat ialah pandangan tajam ke arah anda apabila bercakap denganmu disulami dengan senyuman manja menggoda. Nada suara akan ada unsur-unsur manja dan lembut supaya hati kamu terpaut. Apabila bercakap denganmu, badannya akan menghala ke arah dirimu atau dekat denganmu dan bukan bertentangan atau menjauhkan diri. Ketika anda melihat dia, senyuman manis akan diberikan percuma, sentiasa. Apabila signal-signal gerak badan ini telah ada, besar kemungkinan dia sedang menyukai dirimu! Jadi ambil la langkah ini untuk memikat si gadis.
  • Sentiasa ada untuk kamu - Untuk kamu, dia tidak pernah sibuk, dia akan sentiasa ada masa untuk dirimu. Cubalah minta tolong apa-apa dari dia, mesti dia akan cuba sedaya upaya kerana dia sukakan kamu. Kalau anda ajak dia keluar, tidak mungkin dia tolak. Kalau anda mesej dia, mesti dia akan balas dan begitu bersungguh untuk berbual denganmu. Tidak mungkin bila anda ajak keluar makan dia akan dia akan menolaknya. Apa pun temujanji yang ada akan dibatalkan serta merta untuk kamu atau dia akan menundanya. Kalau dia sentiasa berdolak-dalih, jelas-jelas dia tidak berminat kepada anda.
  • Ingin mengetahui lebih tentang kamu - Kalau hati sudah suka, mestilah nak tahu lebih lanjut lagi cerita tentang dirimu. Jadi bila ada kesempatan, bermacam soalan yang akan dia tanya tentang kamu. Daripada perihal keluarga, ke cerita tentang kerja, ke persoalan peribadi, semuanya dia nak ambil tahu. Sekiranya dia mula bertanya macam-macam tentang dirimu dan dalam perbualan itu dia selitkan gerak badan seperti senyuman malu kucing atau renungan tajam ke matamu, hatinya sudah sedia untuk kamu miliki. Jangan cerita tentang hubunganmu yang telah lalu kerana si dia akan berasa cemburu kerana hatinya sudah mula menyukai kamu. Apabila kamu berbicara dengan wanita lain, perhatikan tingkahlakunya. Sekiranya anda boleh sense rasa cemburu, positif sekali hatinya sedang menyukaimu!
  • Si gadis tidak lupa hari pentingmu - Apabila tiba hari lahirmu, dia akan menjadi antara yang pertama memberi ucapan selamat atau dia akan menjadi orang yang organise sambutan hari jadimu itu. Tentu sekali anda akan mendapat hadiah daripadanya atau mungkin dia akan belanja makan. Kesimpulannya, si gadis akan ingat tarikh penting anda. Ini kerana di dalam hatinya dia sudah dipanah asmara dengan kamu, cuma kamu saja belum menyedarinya. Oleh kerana dia sudah suka, perbuatannya akan menunjukkan perasaan. Perhatikan siapa yang memberi perhatian lebih kepada kamu apabila tibanya tarikh-tarikh penting dalam hidupmu.
* owh cmni rupanya pompuan suka laki...bru cik  teratai tahublogger-emoticon.blogspot.com

2 komen Untuk Cik Teratai:

selipar biru berkata...

hihihi
lg 11..tiba2 perempuan tu berubah~~
kikiki

Far8 budak baik berkata...

hahaha kecoh je pnt baceee =P

 
Cik T3ratai Blog Blog Design by Ipietoon